Di usia si manja enam bulan, sudah tiba masanya untuk ibu mememulakan makanan pejal buat bayi. Keperluan bayi adalah berbeza, tentunya ibu sebagai insan paling rapat dengan bayi dapat memerhati keperluan dan kehendaknya. Jadi, perhatikan reaksi si manja seawal bermulanya makanan pejal. Mungkin memerlukan sedikit masa bayi membiasakan diri dengan tekstur dan rasa yang berbeza atau bayi anda boleh makan dengan serta merta, malah merengek pula jika brehenti menyuapnya.
Sesetengah keluarga mengamalkan bercerai susu ibu berpandukan bayi, manakala yang lain mendapati bayi mereka lebih bahagia disuap puri iaitu makanan yang diblender halus atau dilecek dengan lembut setelah merebusnya. Kami menerangkan makanan yang terbaik untuk diberi kepada bayi anda pada masa akan datang untuk memberikannya permulaan yang baik.
MENGAPA SUSU SAHAJA TIDAK MENCUKUPI?
Pada enam bulan, bayi anda memerlukan nutrien tambahan daripada makanan, khususnya zat besi. Tetapi dia masih memerlukan susu ibu atau sus formula sehingga dia berusia dua tahun.
Dalam enam bulan pertama bayi anda, sistem penghadaman dan imunnya secara beransur-ansur semakin kuat. Badan bayi anda kini sedia untuk memproses makanan pejal. Apabila bayi anda sedia dari segi fizikal, kurang kebarangkaliannya reaksi terhadap sesuatu yang dia dimakan.
Jika anda ingin memberi bayi anda makanan pejal sebelum usianya enam bulan, bincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Terdapat beberapa makanan yang tidak sesuai untuk bayi di bawah umur enam bulan. Ini termasuk gluten yang terdapat dalam bijirin, susu lembu dan dan telur.
Apabila bayi anda sudah berusia enam bulan, secara teori anda boleh memberi dia pelbagai makanan dan mencuba makanan baru dengan cepat. Anda mungkin ingin mulakan dengan makanan tersebut:
- Nasi atau bijirin lain dicampur dengan susu formula atau susu badan
- Sayur-sayuran yang dipuri atau yang dilenyek seperti ubi kentang, keledek, labu, lobak merah, zukini, brokoli atau kubis bunga
- Puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak;
Puri mungkin makanan paling mudah untuk bayi anda pada mulanya, tetapi sesetengah bayi boleh makan ketulan lembut, selagi makanan tersebut dilecek dengan baik. Bayi boleh belajar mengunyah makanan lembik dan lembut walaupun tiada gigi.
Apabila bayi anda gembira makan dari sudu, anda boleh meningkatkan pelbagai makanan yang anda tawarkan. Sama seperti kita, bayi boleh bosan dengan perkara yang sama. Jadi, daripada hanya menawarkan buah-buahan atau bijirin puri, cuba:
- Puri atau kisar daging, ikan atau ayam. Pastikan anda memasak makanan dengan sempurna dan membuang tulangnya.
- Puri atau lecek, kacang pea belah dan kacang kuda.
- Yogurt susu berlemak, fromage frais atau kastard.
- Puri sayur-sayuran yang mempunyai rasa yang lebih kuat, seperti kacang, kubis atau bayam.
Setiap kali anda membeli apa-apa makanan pra-sedia untuk bayi anda, semak label dan pilih produk yang rendah kandungan garam dan gula.
APA YANG SAYA BOLEH BERI KEPADA BAYI BERUSIA TUJUH HINGGA SEMBILAN BULAN?
Mulai sekarang, bayi anda akan dapat makan bersama keluarga dengan lebih mudah. Terdapat kelebihan untuk memberi makanan yang dimasak sendiri kepada bayi anda:- anda tahu kandungan makanan bayi
- bayi akan biasakan diri dengan apa yang anda makan
Jika bayi anda minum susu ibu, dia akan mendapatkan perisa apa yang anda makan melalui susu badan anda. Ini menjadikan dia lebih cenderung untuk meminati jenis makanan yang anda nikmati.
Bayi anda kini boleh cuba makanan yang dilenyek atau dicencang halus, tak semestinya puri. Bayi yang diberi makanan yang berketul selepas 10 bulan lebih cenderung menolaknya. Mereka mungkin lebih berat hati mencuba tekstur dan perisa lain ketika membesar.
Sebaik-baiknya jadikan makanan berkanji asas makanan bayi anda. Makanan berkanji berikut adalah baik untuk bayi anda:
- nasi dan bubur nasi
- bijirin sarapan
- roti bayi
- ubi kentang
- kuskus
- roti
- pasta
- milet
- oat
- Ikan, tapi bukan jerung, todak dan marlin
- Telur masak
- Produk tenusu
- Daging kurang lemak
- Ayam
- Dal
Walapun bayi anda masih minum susu, dia boleh cuba minuman lain. Berikan air masak yang telah disejukkan dalam bikar bermuncung lembut. Jika anda hendak memberi bayi anda jus buah, berikan semasa waktu makan sahaja. Cairkan minuman tersebut dengan nisbah satu jus ke 10 air masak.
Berikan bayi anda jus cair dari cawan atau bikar, bukannya botol. Menghadkan minum jus semasa waktu makan membantu bayi menyerap zat besi dari makanannya dan kurang memberi kesan kepada giginya yang baru tumbuh.
Jika perlu, anda boleh menawarkan susu formula. Tetapi tiada sebab untuk memberinya jika bayi anda makan makanan seimbang.
APA YANG SAYA BOLEH BERI PADA BAYI BERUSIA 10 BULAN?
Kini makanan bayi anda boleh lebih menyerupai makanan dewasa. Ia boleh dipotong atau dicencang dan anda mungkin ingin memberi makanan dua atau tiga kali sehari bersama satu atau dua snek.
Jika bayi anda minum susu ibu, anda boleh terus menawarkan dia susu seperti biasa. Anda mungkin mendapati kekerapan bayi anda minum berkurangan.
Jika bayi minum susu formula, anda boleh kurangkan satu atau dua botol sehari. Tapi teruskan memberi bayi susu formula, lebih kurang 500ml ke 600ml sehari, sehingga dia setahun.
MAKANAN APA YANG TIDAK SESUAI DIBERI KEPADA BAYI BAWAH 12 BULAN?
Terdapat makanan dan ramuan yang tidak patut diberi kepada bayi di bawah satu tahun seperti:
- Garam. Buah pinggang bayi anda tidak boleh memproses garam lagi. Sebaiknya jangan galakkan bayi suka garam. Jangan kisarkan makanan sedia untuk dewasa. Ia mengandungi banyak garam.
- Gula. Cuba maniskan pencuci mulut dengan menggunakan pisang lenyek atau puri buah-buahan kering (rebus dan kisar) di mana sesuai, atau gunakan susu ibu yang dipam atau susu formula.
- Pemanis tiruan. Minuman buah-buahan dalam kotak atau tin atau minuman diet yang mengandungi pemanis tiruan tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Ia tidak berkhasiat dan menggalakkan bayi suka benda manis.
- Kacang. Ia boleh menyebabkan bayi tercekik
- Beberapa jenis ikan. Bayi anda tidak boleh makan ikan jerung, todak dan marlin. Ia mungkin mengandungi sisa-sisa merkuri.
- Teh atau kopi. Elakkan daripada menambah sebarang teh ke dalam botol bayi untuk memanaskan susunya. Tanin dalam teh akan menganggu penyerapan zat besi. Minuman yang mengandungi kafein tidak disarankan untuk kanak-kanak.
- Makanan rendah lemak. Sapuan rendah lemak, yogurt dan keju rendah lemak tidak sesuai untuk bayi anda. Sentiasa berikan bayi anda makanan jenis penuh lemak. Dia memerlukan kalori.
- keju lembut yang diperam sehingga berkulat (brie, camembert)
- kerang-kerangan mentah atau kurang masak
- Telur rebus lembut, telur separuh masak atau telur mentah.
- sari (pate) hati.
BAGAIMANA DENGAN ALERGI MAKANAN?
Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi, sebaiknya mendapat nasihat daripada pakar kanak-kanak atau doktor anda.
Jika anak anda ada alergi seperti EKZEMA, ASMA atau ALAHAN terhadap makanan, kemungkinan dia alah kepada kacang tanah atau makanan yang berasaskan susu lembu. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memberi bayi anda mentega kacang atau produk yang mengandungi susu lembu.
Sebaik-baiknya cuba makanan yang kemungkinan tinggi menyebabkan tindak balas satu per satu. Dengan cara itu anda boleh melihat reaksi bayi anda dan mengasingkan sebarang makanan pencetus . Mulakan dengan jumlah yang amat kecil, dan jangan berikan makanan tersebut kepada bayi anda sebelum dia berusia enam bulan. Makanan untuk diperkenalkan satu demi satu adalah:
- bijian yang mengandungi gluten seperti gandum, rai, barli dan oat
- ikan dan kerang-kerangan
- buah-buahan sitrus
- mentega kacang
- susu lembu
- soya
- telur
No comments:
Post a Comment