" Bayi saya suka menjelir-jelirkan lidah dan kelihatannya seperti tidak selesa"
Perasan tak ada kadang-kadang ada tumbuh tompok putih atau macam kulat dalam mulut bayi? Bila dibelek-belek, bukannya sisa susu tapi adalah tompok putih yang tidak hilang.
Adakah ia menyakitkan bayi?Kebiasaannya tidak sakit cuma akan ada perasaan tidak selesa sahaja. Namun ada juga kes teruk yang boleh membuatkan bayi merasa sakit.
Itu adalah “kulat” atau juga lebih dikenali sebagai “Thrush”. Kebiasaannya ia menjangkiti kawasan mulut kerana kebanyakan manusia mempunyai kulat “candida” ini pada bahagian mulut dan saluran penghadaman.
Namun antibodi dan bakteria baik boleh mengawal kulat ini dari merebak. Ia semakin senang menyerang bayi kerana bayi biasanya mempunyai sistem antibodi yang masih lemah.
Thrush berasal dari kulat yang diberi nama Candida Albicans yang mana kulat ini biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia.
Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi anda. Ia akan semakin membiak bila hormon berubah selepas kelahiran bayi. Antara sebab ianya berlaku juga adalah kerana semasa proses kelahiran, ibu diberi antibiotik.
Antibiotik ini akan membunuh semua bakteria termasuk juga bakteria baik. Dengan itulah juga punca boleh terjadinya kulat membiak. Ia juga boleh berlaku kerana antibodi bayi masih lagi lemah pada peringkat ini dan kulat ini akan membiak dengan mudah.
Bagaimana Merawat Kulat (Thrush) ini?
Dalam kebanyakan kes jika bayi tidak berasa sakit, ia boleh pulih sendiri dalam masa beberapa minggu sahaja.
Namun jika bayi menangis, cepat-cepatlah bawa berjumpa pakar kanak-kanak dan periksa lebih lanjut. Anda mungkin akan diberi ubat sapu anti kulat yang diberi nama Nystatin. Ubat ini boleh disapu menggunakan jari anda ke sekitar tempat yang dijangkiti. Ia juga boleh disapu pada puting payudara ibu jika ibu menyusu badan.
Bayi juga boleh diberikan "gentian violet". Sapukan gentian violet berwarna unggu ini ke kawasan jangkitan. Maka mulut bayi anda akan kelihatan ungu.
Jika kedua-duanya tidak berkesa, ada cara ketiga iaitu sapuan krim antikulat Clotrimasole. Namun ia hanya disapu pada puting payudara ibu atau pada punggung bayi yang dijangkiti (sesuai bayi yang menghidapi masalah trush selain dari mulut)
Bolehkah Trush dielakkan?
Tiada apa yang boleh dielakkan dari bayi terkena kulat semasa proses kelahirankerana ia melalui "terowong kelahiran" tersebut.Bayi yang dilahirkan secara normal adalah dipercayai mudah dijangkiti. Tapi anda masih boleh menghindarinya dengan cara :
- elakkan penggunaan antibiotik kerana penggunaan antibiotik akan membunuh semua bakteria baik dan tidak baik
- Ibu yang menyusukan bayi perlu mengurangkan pengambilan gula kerana gula akan menyebabkan kulat semakin aktif membiak
- Nyahkuman segala peralatan bayi seperti puting, mainan, botol, atau pam payudara anda
- Jaga kebersihan & cucilah tangan anda sebelum menyentuh bayi anda
Adakah Thrush Bahaya?
Tidak bahaya. Ianya boleh pulih dengan sendiri cuma apa yang penting ibu mesti mengambil langkah berjaga-jaga sahaja. Jika terdapat tanda-tanda yang tidak pulih segeralah berjumpa pakar anda.
No comments:
Post a Comment