aliff goat

aliff goat
Susu Kambing Formulasi Makanan Sunnah

Thursday, 16 June 2016

Manfaat susu menurut Hadis dan Al-Quran (SUSU KAMBING)


"Sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pengajaran yang paling penting bagi kamu. Kami memberi minum kamu daripada air susu yang ada di dalam perutnya, padanya juga terdapat faedah yang banyak untuk kami dan sebahagian daripadanya kamu makan."


HADIS TENTANG SUSU KAMBING: 

1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".

4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

5.  Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].

6.  Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.

7. Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]

*Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma'ad Fi Hadyi Khairil 'Ibad menyelit mafhum hadis di atas dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing.

Friday, 10 June 2016

Susu Aliff - Cash On Delivery



Sempena bulan Ramadhan ini, kita tahu bahawa masa anda agak padat dengan tugas harian, terawih, solat sunat dan pelbagai ibadat memakmurkan bulan penuh keberkatan ini.

Kami sedia membantu meringankan urusan anda!

Cash On Delivery :


Penghantaran adalah disekitar Kuala Lumpur dan Kawasan Lembah Klang. Sila WhatsApp atau call terus nombor tertera bagi memudahkan penjadualan penghantaran.

Area Batu Caves, Selayang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puncak Alam, Sg Buloh, Kuala Selangor, Klang, Sepang, Puchong, Putrajya, Kajang dan Cheras. Aliff Goat Milk on call.

Jangan risau, susu kambing idaman anda akan dihantar hingga ke depan pintu rumah anda. Bertindak sekarang!


TRUSH - Jangkitan Kulat pada bayi

" Bayi saya suka menjelir-jelirkan lidah dan kelihatannya seperti tidak selesa" 


Perasan tak ada kadang-kadang ada tumbuh tompok putih atau macam kulat dalam mulut bayi? Bila dibelek-belek, bukannya sisa susu tapi adalah tompok putih yang tidak hilang. 

 Adakah ia menyakitkan bayi?Kebiasaannya tidak sakit cuma akan ada perasaan tidak selesa sahaja. Namun ada juga kes teruk yang boleh membuatkan bayi merasa sakit.

 Itu adalah “kulat” atau juga lebih dikenali sebagai “Thrush”. Kebiasaannya ia menjangkiti kawasan mulut kerana kebanyakan manusia mempunyai kulat “candida” ini pada bahagian mulut dan saluran penghadaman. Namun antibodi dan bakteria baik boleh mengawal kulat ini dari merebak. Ia semakin senang menyerang bayi kerana bayi biasanya mempunyai sistem antibodi yang masih lemah.

Thrush berasal dari kulat yang diberi nama Candida Albicans yang mana kulat ini biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia.

Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi anda. Ia akan semakin membiak bila hormon berubah selepas kelahiran bayi. Antara sebab ianya berlaku juga adalah kerana semasa proses kelahiran, ibu diberi antibiotik.

Antibiotik ini akan membunuh semua bakteria termasuk juga bakteria baik. Dengan itulah juga punca boleh terjadinya kulat membiak. Ia juga boleh berlaku kerana antibodi bayi masih lagi lemah pada peringkat ini dan kulat ini akan membiak dengan mudah.

Bagaimana Merawat Kulat (Thrush) ini?



Dalam kebanyakan kes jika bayi tidak berasa sakit, ia boleh pulih sendiri dalam masa beberapa minggu sahaja.

Namun jika bayi menangis, cepat-cepatlah bawa berjumpa pakar kanak-kanak dan periksa lebih lanjut. Anda mungkin akan diberi ubat sapu anti kulat yang diberi nama Nystatin. Ubat ini boleh disapu menggunakan jari anda ke sekitar tempat yang dijangkiti. Ia juga boleh disapu pada puting payudara ibu jika ibu menyusu badan.

Bayi juga boleh diberikan "gentian violet". Sapukan gentian violet berwarna unggu ini ke kawasan jangkitan. Maka mulut bayi anda akan kelihatan ungu.

Jika kedua-duanya tidak berkesa, ada cara ketiga iaitu sapuan krim antikulat Clotrimasole. Namun ia hanya disapu pada puting payudara ibu atau pada punggung bayi yang dijangkiti (sesuai bayi yang menghidapi masalah trush selain dari mulut)


Bolehkah Trush dielakkan?

 Tiada apa yang boleh dielakkan dari bayi terkena kulat semasa proses kelahirankerana ia melalui "terowong kelahiran" tersebut.

Bayi yang dilahirkan secara normal adalah dipercayai mudah dijangkiti. Tapi anda masih boleh menghindarinya dengan cara :

  • elakkan penggunaan antibiotik kerana penggunaan antibiotik akan membunuh semua bakteria baik dan tidak baik 
  • Ibu yang menyusukan bayi perlu mengurangkan pengambilan gula kerana gula akan menyebabkan kulat semakin aktif membiak 
  • Nyahkuman segala peralatan bayi seperti puting, mainan, botol, atau pam payudara anda 
  • Jaga kebersihan & cucilah tangan anda sebelum menyentuh bayi anda

Adakah Thrush Bahaya?


Tidak bahaya. Ianya boleh pulih dengan sendiri cuma apa yang penting ibu mesti mengambil langkah berjaga-jaga sahaja. Jika terdapat tanda-tanda yang tidak pulih segeralah berjumpa pakar anda.