aliff goat

aliff goat
Susu Kambing Formulasi Makanan Sunnah

Thursday, 2 July 2015

SEJARAH AWAL ADMIN BERNIAGA SUSU

Jenama Pertama yang menjadi tugasan saya sebagai usahawan susu adalah susu lembu jenama xxx. Pada ketika itu rasanya tidak ramai yang mengenalinya. Asalkan sahaja ditunjukkan pada orang, mereka tidak yakin dan menolaknya terus.

Usaha pertama itu rasanya sedikit melemahkan semangat, tapi hati sangat yakin akan ada orang yang mencari susu keluaran muslim juga seperti juga saya. Bermulanya perniagaan ini dalam pantang kelahiran anak yang ke lima. Mengambil kesempatan berpantang di rumah saya berniaga online. Tidak satu pun sangkut! :) tapi saya berjaya untuk mengikatkan kemahiran menggunakan fb buat kali pertamanya. Kejayaan kecil itulah sebenarnya memberi impak yang seterusnya. Saya seterusnya keluar dari kepompong tidak bersosial kepada bersosial secara berhemah di fb (4 tahun lalu). Lucu pun ada, kerana ketika itu rasanya saya anti sosial di fb.

Booth pertama di Masjid Shah Alam, bersama-sama kawan menjual beraneka jenis produk muslim bersama Muslim Niaga. Dapatlah 3-4 pelanggan. Kemudiannya booth ke dua adalah di sekolah anak. Adalah dua tiga orang membeli. Malu letak tepi (memang aku seorang pemalu sangat untuk menjual ketika itu). Booth ke tiga di ruang legar office PLUS ketika tu di bulan Ramadhan, berangkut sorang-sorang meja dan barang-barang booth. Rasa macam nak nangis pun ada masa tu sebab penat dan malu angkat arang berat sorang-sorang. Anak-anak sudah pun di tempatkan siap-siap ke rumah opahnya. Ada juga kata-kata yang melemahkan semangat "untung ke berniaga, jangan penat je tak, jauh pulak tu". Pada saya itu hanya kata-kata, semangat mesti dikekalkan!

Tapi memang begitulah keadaannya di awal perniagaaan susu. Banyak rejection! Orang tidak yakin salah satunya kerana takut bekalan tidak dapat lagi selepas itu. Saya meyakinkan mereka "saya sedia menghantarnya, atau saya pos!"

Saya mencari insiatif membuat flyers dan bunting sendiri. Saya masukkan iklan di blog dan fb, saya jayakan promosi dan kempen. Saya sediakan khidmat penghantaran percuma. Bekerja sehingga larut malam. Saya jayakan dengan menganggapkan produk yang saya bawa tersebut adalah produk sendiri. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya rasakan keaadaannya bangun susu, makan susu, tengok tv susu, tidur susu. Begitu saya menjiwai perniagaan susu ini seawalnya dahulu.

Jangan lupa, sentiasa 'connect' dengan Dia. Berbicaralah sentiasa pada Dia kerana Dia sentiasa mendengar dan menjawab persoalan dan permasalah dalam hati dan kehidupan. Perniagaan bukan sentiasa pasang, ada masanya surut, ada masanya di uji badai dan pergolakan. Harus istiqomah dan pandang yang tersirat dalam novel Allah lah pengarahnya.



Sedikit demi sedikit orang percaya, sedikit demi sedikit mereka juga ingin menjual produk tersebut. Siapa sangka, lama kelamaan jualan peribadi mencecah 10 katen sehari.

Begitulah seterusnya apabila keluarnya produk susu kambing jenama YYY, Saya antara orang awal yang menyambutnya. Bukan senang nak meyakinkan orang dengan susu kambing awal-awal dulu (3 tahun yang lepas) kerana masyarakat tidak yakin untuk memberi susu kepada anak-anak, dikhuatiri panas dan macam-macam alasan. Akhirnya selepas satu testimoni ke satu testimoni yang ada, Alif Tekad berjaya membuka premis perniagaan dan membuat jualan yang memberangsangkan. Purata jualan sebulan ketika itu kira-kira RM150,000. Syukur alhamdulillah, saya tidak menjayakannya seorang, kerana saya bersama membina pengedar dan stokis di bawah perniagaan susu Alif Tekad.



Ambillah sedikit kisah peribadi saya ini untuk dijadikan pembakar semangat atau apa sahaja yang oleh untuk anda berubah, jangan jadikan alasan anak-anak untuk anda tidak ke hadapan. Saya juga mempunyai anak kecil ketika itu dan saya membawa mereka setiap kali saya menghantar stok kepada pelanggan. Pada ketika itu saya tiada pembantu rumah, pada saya rezeki yang ada bukan sahaja bahagian anak-anak, tapi juga bahagian orang lain. Saya percaya wanita atau ibu mempunyai lebih 'power' kerana seorang ibu membawa jiwa yang kental dan lebih konsisten dalam menjayakan sesuatu walaupun keuntungannya sedikit. Tapi sebenarnya rahsianya adalah keuntungan yang kecil tapi pada volum yang besar.

Selepas 4 tahun, akhirnya dengan sokongan orang-orang yang rapat, akhirnya saya berjaya mengeluarkan susu jenama Aliff di bawah syarikat Aliff Milk Marketing. Syukur alhamdulillah atas nikmat dan kurniaMu, merancakkan lagi industri tenusu di Malaysia.
Seperti niat awal juga, masih tidak berganjak iaitu misi dalam mengubah orang Islam kembali kepada produk Halalan Toyyiba bermula sejak dari bayi lagi , menjemaahkan ekonomi ummah & jayakan orang lain untuk berjaya. InsyaAllah. Subhanallah...

maklumat lanjut sila link ke :

http://www.aliffmilk.com
http://www.aliffmilk.blogspot.com
http://www.facebook.com/aliffmilk


No comments:

Post a Comment