aliff goat

aliff goat
Susu Kambing Formulasi Makanan Sunnah

Thursday, 26 January 2017

ANAK MENEROKA BANYAK PERKARA BARU, IBU AYAH PERLU BANYAK BERSABAR




Bila anak sudah masuk usia dua tahun, dia mula mengalami perubahan daripada kategori bayi menjadi kanak-kanak. Kepetahan berkata-kata dan menyatakan perasaan sendiri semakin bertambah baik.
.
Keupayaan meneroka persekitaran semakin dikagumi dengan pelbagai idea kreatif yang kadang kala tak terfikir oleh kita. Semakin hari sikap ingin tahunya semakin bertambah. Si Kecil akan kerap bertanya soalan "Kenapa?" atau "Apa ni?". Bahkan mereka juga semakin 'degil' dan sukar dilarang. Kalau kita cakap tak boleh, mereka tetap mahukannya dan tak pernah hairan dengan larangan "tidak".
.
Kadang kala kelakuan si kecil usia ini memang menguji kesabaran ibu dan ayah. Sukarnya untuk mencapai kata sepakat dengan si kecil. Kalau anak anda kategori susah nak makan saman, mungkin boleh cuba tip berikut:
.
1. ELAK PERKATAAN 'TIDAK' dan 'JANGAN'. 
.

Kalau cakap 'jangan' memang dia tak peduli pun. Kadang kala si kecil boleh pula berdebat dengan kita. Kalau si kecil nak panjat meja di rumah, daripada melarangnya "jangan panjat", tukar kepada "baik-baik panjat, nanti jatuh", dan dalam masa yang sama awasi keselamatan anak.
2. JADILAH ROLE MODEL
.
Bila anda buat peraturan di rumah, jangan hanya suruh anak sahaja patuhi. Tetapi anda juga kena sama mematuhi peraturan.
3. ELAKKAN SOGOK
.
Jangan hanya semata-mata nak suruh anak ikut arahan atau larangan kita, maka kita janjikan dia dengan sesuatu. Ia mungkin cara berkesan untuk jangka masa pendek tetapi ada kesan buruknya untuk jangka masa panjang. Anak akan terbiasa untuk diberi ganjaran jika diminta membuat sesuatu perkara.
4. JGN MARAH BILA ANAK NANGIS 
.
Bila kita larang dan dia tak dapat buat, tentu sahaja si kecil akan menangis. Tetapi ibu atau ayah jangan cepat marahkan anak. Biarkan dia menangis sekejap, selepas itu pujuk dan peluk anak hingga tangisannya berhenti. Ketika ini ambil peluang untuk memberitahu kenapa anda melarangnya atau memberikan nasihat dalam nada yang lembut.
5. BAWA BERUNDING
.
Kalau asyik semua tak boleh buat pun tak berapa bagus juga untuk perkembangan si kecil. Sesekali anda bolehlah berunding atau bertolak ansur dengan peraturan yang dibuat. Contohnya, kalau anak anda gemar makan coklat atau gula-gula dan anda memang melarangnya sama sekali. Sesekali tak salah kalau menawarkan dia makanan kegemarannya itu untuk masa-masa tertentu atau sebagai ganjaran kerana dia berkelakuan baik.

Wednesday, 25 January 2017

MAKANAN YANG SESUAI SEAWAL BAYI 6 BULAN



Di usia si manja enam bulan, sudah tiba masanya untuk ibu mememulakan makanan pejal buat bayi. Keperluan bayi adalah berbeza, tentunya ibu sebagai insan paling rapat dengan bayi dapat memerhati keperluan dan kehendaknya. Jadi, perhatikan reaksi si manja seawal bermulanya makanan pejal. Mungkin memerlukan sedikit masa bayi membiasakan diri dengan tekstur dan rasa yang berbeza atau bayi anda boleh makan dengan serta merta, malah merengek pula jika brehenti menyuapnya.

Sesetengah keluarga mengamalkan bercerai susu ibu berpandukan bayi, manakala yang lain mendapati bayi mereka lebih bahagia disuap puri iaitu makanan yang diblender halus atau dilecek dengan lembut setelah merebusnya. Kami menerangkan makanan yang terbaik untuk diberi kepada bayi anda pada masa akan datang untuk memberikannya permulaan yang baik.


MENGAPA SUSU SAHAJA TIDAK MENCUKUPI?


Pada enam bulan, bayi anda memerlukan nutrien tambahan daripada makanan, khususnya zat besi. Tetapi dia masih memerlukan susu ibu atau sus formula sehingga dia berusia dua tahun.

Dalam enam bulan pertama bayi anda, sistem penghadaman dan imunnya secara beransur-ansur semakin kuat. Badan bayi anda kini sedia untuk memproses makanan pejal. Apabila bayi anda sedia dari segi fizikal, kurang kebarangkaliannya reaksi terhadap sesuatu yang dia dimakan.

Jika anda ingin memberi bayi anda makanan pejal sebelum usianya enam bulan, bincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Terdapat beberapa makanan yang tidak sesuai untuk bayi di bawah umur enam bulan. Ini termasuk gluten yang terdapat dalam bijirin, susu lembu dan dan telur.

Apabila bayi anda sudah berusia enam bulan, secara teori anda boleh memberi dia pelbagai makanan dan mencuba makanan baru dengan cepat. Anda mungkin ingin mulakan dengan makanan tersebut:

  • Nasi atau bijirin lain dicampur dengan susu formula atau susu badan
  • Sayur-sayuran yang dipuri atau yang dilenyek  seperti ubi kentang, keledek, labu, lobak merah, zukini, brokoli atau kubis bunga
  • Puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak;

Puri mungkin makanan paling mudah untuk bayi anda pada mulanya, tetapi sesetengah bayi boleh makan ketulan lembut, selagi makanan tersebut dilecek dengan baik. Bayi boleh belajar mengunyah makanan lembik dan lembut walaupun tiada gigi.

Apabila bayi anda gembira makan dari sudu, anda boleh meningkatkan pelbagai makanan yang anda tawarkan. Sama seperti kita, bayi boleh bosan dengan perkara yang sama. Jadi, daripada hanya menawarkan buah-buahan atau bijirin puri, cuba:

  • Puri atau kisar daging, ikan atau ayam. Pastikan anda memasak makanan dengan sempurna dan membuang tulangnya.
  • Puri atau lecek, kacang pea belah dan kacang kuda.
  • Yogurt susu berlemak, fromage frais atau kastard. 
  • Puri sayur-sayuran yang mempunyai rasa yang lebih kuat, seperti kacang, kubis atau bayam.
Cuba sebaik mungkin untuk menawarkan bayi anda makanan yang dimasak sendiri. Lebih baik menggunakan makanan pra-sedia bayi sebagai alternatif dan bukannya makanan utama bayi anda.
Walaupun garis panduan rasmi mengatakan tidak mengapa memberi makanan pejal pada usia enam bulan, anda akan melihat produk makanan untuk bayi berusia empat bulan. Produk biasanya bermula daripada empat ke tujuh bulan dan tujuh bulan ke atas. Tiada alasan munasabah mengapa bayi berusia enam bulan tidak boleh makan makanan bayi pra-sedia yang dilabel tujuh bulan ke atas, walaupun anda mungkin perlu lenyekkan atau kisarkan kandungannya.

Setiap kali anda membeli apa-apa makanan pra-sedia untuk bayi anda, semak label dan pilih produk yang rendah kandungan garam dan gula.


APA YANG SAYA BOLEH BERI KEPADA BAYI BERUSIA TUJUH HINGGA SEMBILAN BULAN?

Mulai sekarang, bayi anda akan dapat makan bersama keluarga dengan lebih mudah. Terdapat kelebihan untuk memberi makanan yang dimasak sendiri kepada bayi anda:
  • anda tahu kandungan makanan bayi
  • bayi akan biasakan diri dengan apa yang anda makan

Jika bayi anda minum susu ibu, dia akan mendapatkan perisa apa yang anda makan melalui susu badan anda. Ini menjadikan dia lebih cenderung untuk meminati jenis makanan yang anda nikmati.

Bayi anda kini boleh cuba makanan yang dilenyek atau dicencang halus, tak semestinya puri. Bayi yang diberi makanan yang berketul selepas 10 bulan lebih cenderung menolaknya. Mereka mungkin lebih berat hati mencuba tekstur dan perisa lain ketika membesar.

Sebaik-baiknya jadikan makanan berkanji asas makanan bayi anda. Makanan berkanji berikut adalah baik untuk bayi anda:

  • nasi dan bubur nasi
  • bijirin sarapan
  • roti bayi
  • ubi kentang
  • kuskus
  • roti
  • pasta
  • milet
  • oat
Selain makanan berkanji, bayi anda memerlukan hidangan makanan yang kaya dengan protein seperti:
  • Ikan, tapi bukan jerung, todak dan marlin
  • Telur masak
  • Produk tenusu
  • Daging kurang lemak
  • Ayam
  • Dal

Jika bayi anda biasa makan kekacang dan dal, mungkin kerana mengikut diet vegetarian, pastikan dia makan sedikit roti, nasi dan pasta juga. Terlalu banyak serat boleh mengenyangkan perut si kecil, jadi kuranglah ruang untuk makanan yang memberi tenaga.
Jika bayi anda lebih suka menyuapkan diri sendiri, biarlah dia cuba. Dia mungkin suka mempunyai kawalan terhadap makanannya. Cubalah kacang hijau atau lobak merah yang dimasak, kiub keju dan pisang atau buah pir lembut.

Walapun bayi anda masih minum susu, dia boleh cuba minuman lain. Berikan air masak yang telah disejukkan dalam bikar bermuncung lembut. Jika anda hendak memberi bayi anda jus buah, berikan semasa waktu makan sahaja. Cairkan minuman tersebut dengan nisbah satu jus ke 10 air masak.

Berikan bayi anda jus cair dari cawan atau bikar, bukannya botol. Menghadkan minum jus semasa waktu makan membantu bayi menyerap zat besi dari makanannya dan kurang memberi kesan kepada giginya yang baru tumbuh.

Jika perlu, anda boleh menawarkan susu formula. Tetapi tiada sebab untuk memberinya jika bayi anda makan makanan seimbang.

APA YANG SAYA BOLEH BERI PADA BAYI BERUSIA 10 BULAN?


Kini makanan bayi anda boleh lebih menyerupai makanan dewasa. Ia boleh dipotong atau dicencang dan anda mungkin ingin memberi makanan dua atau tiga kali sehari bersama satu atau dua snek.

Jika bayi anda minum susu ibu, anda boleh terus menawarkan dia susu seperti biasa. Anda mungkin mendapati kekerapan bayi anda minum berkurangan.

Jika bayi minum susu formula, anda boleh kurangkan satu atau dua botol sehari. Tapi teruskan memberi bayi susu formula, lebih kurang 500ml ke 600ml sehari, sehingga dia setahun.



MAKANAN APA YANG TIDAK SESUAI DIBERI KEPADA BAYI BAWAH 12 BULAN?

Terdapat makanan dan ramuan yang tidak patut diberi kepada bayi di bawah satu tahun seperti:


  • Garam.  Buah pinggang bayi anda tidak boleh memproses garam lagi. Sebaiknya jangan galakkan bayi suka garam. Jangan kisarkan makanan sedia untuk dewasa. Ia mengandungi banyak garam.
  • Gula. Cuba maniskan pencuci mulut dengan menggunakan pisang lenyek atau puri buah-buahan kering (rebus dan kisar) di mana sesuai, atau gunakan susu ibu yang dipam atau susu formula.
  • Pemanis tiruan. Minuman buah-buahan dalam kotak atau tin atau minuman diet yang mengandungi pemanis tiruan tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Ia tidak berkhasiat dan menggalakkan bayi suka benda manis.
  • Kacang. Ia boleh menyebabkan bayi tercekik
  • Beberapa jenis ikan. Bayi anda tidak boleh makan ikan jerung, todak dan marlin. Ia mungkin mengandungi sisa-sisa merkuri.
  • Teh atau kopi. Elakkan daripada menambah sebarang teh ke dalam botol bayi untuk memanaskan susunya. Tanin dalam teh akan menganggu penyerapan zat besi. Minuman yang mengandungi kafein tidak disarankan untuk kanak-kanak.
  • Makanan rendah lemak. Sapuan rendah lemak, yogurt dan keju rendah lemak tidak sesuai untuk bayi anda. Sentiasa berikan bayi anda makanan jenis penuh lemak. Dia memerlukan kalori.
Ada makanan yang membawa risiko keracunan makanan. Untuk keselamatan bayi anda, jangan beri dia:
  • keju lembut yang diperam sehingga berkulat (brie, camembert)
  • kerang-kerangan mentah atau kurang masak
  • Telur rebus lembut, telur separuh masak atau telur mentah.
  • sari (pate) hati.

BAGAIMANA DENGAN ALERGI MAKANAN?


Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi, sebaiknya mendapat nasihat daripada pakar kanak-kanak atau doktor anda.

Jika anak anda ada alergi seperti EKZEMA, ASMA atau ALAHAN terhadap makanan, kemungkinan dia alah kepada kacang tanah atau makanan yang berasaskan susu lembu. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memberi bayi anda mentega kacang atau produk yang mengandungi susu lembu.

Sebaik-baiknya cuba makanan yang kemungkinan tinggi menyebabkan tindak balas satu per satu. Dengan cara itu anda boleh melihat reaksi bayi anda dan mengasingkan sebarang makanan pencetus . Mulakan dengan jumlah yang amat kecil, dan jangan berikan makanan tersebut kepada bayi anda sebelum dia berusia enam bulan. Makanan untuk diperkenalkan satu demi satu adalah:



  • bijian yang mengandungi gluten seperti gandum, rai, barli dan oat
  • ikan dan kerang-kerangan
  • buah-buahan sitrus
  • mentega kacang
  • susu lembu
  • soya
  • telur




Wednesday, 28 September 2016

Resipi Terbaik Untuk Perkembangan Minda, Fizikal & Rohani Anak-anak




Makanan sunnah didefinisikan sebagai makanan-makanan yang mendapat pengiktirafan Nabi Muhammad SAW berdasarkan kepada hadis-hadis, sebagai makanan yang baik untuk kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan. Ada juga makanan ini disebut dengan jelas di dalam Alquran.
.
.
SUSU KAMBING
.
.
Susu kambing minuman para nabi yang bersifat alkali, mudah dicerna dan diserap nutrisinya. Membantu mengatasi masalah KEMBUNG PERUT, muak, meningkatkan SELERA MAKAN makan, meningkatkan ANTIBODI dan kekebalan kepada serangan penyakit biasa seperti DEMAM, SELSEMA dan BATUK yang kerap.

Susu kambing dipercayai mampu mencegah asma, reumatik, deman kuning, imsomnia, dan menguatkan tulang. Ia juga dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.

Hadis Rasullullah SAW :

"Akan tiba suatu masa dimana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang islam. Orang islam akan memeliharanya dipuncak-puncak bukit dan lembah-lembah, hidup terpencil dari masalah demi memelihara agama daripada ditimpa bencana."
.
.
KURMA
.
.
Rasulullah SAW bersabda, “Kurma itu menghilangkan penyakit dan tidak membawa penyakit. Ia berasal dari surga. Dan di dalamnya terkandung ubat.”

Kurma tinggi dengan serat, membantu menguatkan daya ingatan, tenaga berpanjangan, mencegah lesu, membantu masalah sembelit, memudahkan ibu bersalin, melembutkan hati.
.
.
DELIMA
.
.
Disebut sebagai buah dari Syurga. Surah Al-Rahman, ayat 68: " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buah serta pohon kurma dan delima".

Mengatasi kekejangan kaki, pembentukan hemoglobin, merangsang rembesan 'serotonin' dan 'estrogen', membaiki simptom tulang dan tekanan.
.
.
MANNA
.
.
Dalam tafsir Maulana Abdullah Yusuf Ali ayat 57 Surah al-Baqarah pula, beliau telah menjelaskan manna seperti berikut: Manna ialah bahasa 'Ibrani  Man-hu dalam Yahudi dan Ma huwa dalam bahasa Arab iaitu satu "hadiah" atau pemberian dari Tuhan.

Manna sejenis prebiotik semulajadi. Meningkatkan penyerapan kalsium yang tinggi, memudahkan penghadaman, meningkatkan sistem imun.
.
.
BUAH TIN
.
.
Allah Berfirman " Demi buah Tin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al-Quran(95) surah Al-Tin (ayat 1).

Sabda rasullullah SAW "Makanlah kamu semua daripadanya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku katakan 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi: Hadis riwayat Abu Daud , Abu Darda, Sayuti.

 Antara khasiat buah tin ialah nyah toksin, mengurangkan batuk, menyihatkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.
.
.
MADU
.
.
Sabda Rasullullah SAW "Barang siapa yang menjilat madu sebanyak 3x pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) - Riwayat Ibnu Majah

Baik untuk pertumbuhan janin, fizikal dan mental, mengelakkan kecacingan, mengeluarkan lendir dalam badan bayi, menguatkan minda, meningkatkan hemoglobin dan mencegah anemia

===========

Mendidik anak mengambil makanan sunnah suatu usaha murni dan perlulah istiqomah.

Cuba tips ini:

1- Perkenalkan makanan ini pada peringkat umur yang paling awal seawal semasa mengandung lagi.

2- Perkenalkan makanan ini dengan santai.

3- Jangan sesekali memaksa anak-anak mencuba makanan ini dan jangan menghukum jika mereka enggan.

4- Hidangkan makanan ini secara kerap untuk membiasakan dengannya.

5- Hidangkan makanan dengan amaun yang kecil.

6- Hidangkan makanan baru bersama makanan biasa. Ingat keseimbangan antara kebiasaan dan kepelbagaian makanan.

7- Ibubapa hendaklah mengambil makanan ini bersama dengan anak-anak mereka akan lebih mudah menerima makanan yang mereka lihat orang dewasa biasa makan.

8- Selalu bertanya dan dapatkan maklum balas daripada anak-anak tentang makanan ini seperti rasanya, masam, manis, atau sedap tak?.

9- Dan yang paling mudah semuanya ada dalam SUSU ALIFF, dan boleh disediakan dalam bermacam-macam penyediaan mengikut kretiviti ibu-ibu menambat hati anak yang sedang membesar.

#tipskekeluargaanAliff
#aliffmilk

Kuasa Sentuhan Mengerat Kasih Sayang!


Kajian sains mendapati SENTUHAN yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh lain akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh badan. Semakin lama sentuhan dan pergeseran ini berlaku, semakin seimbanglah cas dalam tubuh manusia.
.
.
Keseimbangan cas dalam tubuh memberi ketenangan kepada fikiran dan emosi kita. Semakin banyak sentuhan berlaku, maka semakin kuatlah TENAGA ELEKTRO MAGNETIK yang mengalir dalam tubuh kita. Ketenangan inilah yang di perlukan dalam hubungan kekeluargaan sebagai asas membina kemesraan dan kebahagiaan keluarga.
.
.
Apabila wujud kerenggangan dalam hubungan sesama ahli keluarga, usahakanlah supaya sentuhan emosi dan fizikal ini dapat berlaku kembali. Dengan kata lain, apabila anak-anak semakin menjauhkan diri dari ibu bapa, maka ibu bapa perlu kerap memeluk anak-anak dan mengembalikan belaian kasih sayang kepada mereka. Dengan ini, apa yang kita ingin sampaikan pada mereka, akan terus sampai ke hati anak-anak.
.
.
.
RASULULLAH SAW TAULADAN TERBAIK
=========================
.
# Pada suatu hari seorang Badwi datang bertemu Rasulullah dan berkata, "Apakah kamu mencium anak-anak kamu? Kami tidak mencium mereka". Rasulullah SAW berkata," Apakah kamu mampu sekiranya Allah SWT menarik dari hati kamu rahmat?"
.
.
# Sayidatina Aisyah r.a pernah menceritakan bahawa apabila Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah, baginda akan bangun untukknya, menyambutnya, menciumnya dan mendudukkannya di tempat duduk baginda. Sebaliknya apabila Rasullulah datang menemui Fatimah, beliau bangun untuk baginda, memegang tangan baginda, menyambut baginda, mencium baginda dan mendudukkan baginda di tempat duduknya.
.
.
# Pernah suatu ketika Fatimah r.a telah masuk menemui baginda Rasulullah SAW sewaktu baginda sedang sakit yang membawa kepada kewafatan baginda, baginda tetap menyambut Fatimah r.a dan menciumnya.
#tipskekeluargaanAliff
#aliffmilk

Thursday, 16 June 2016

Manfaat susu menurut Hadis dan Al-Quran (SUSU KAMBING)


"Sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pengajaran yang paling penting bagi kamu. Kami memberi minum kamu daripada air susu yang ada di dalam perutnya, padanya juga terdapat faedah yang banyak untuk kami dan sebahagian daripadanya kamu makan."


HADIS TENTANG SUSU KAMBING: 

1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".

4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

5.  Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].

6.  Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.

7. Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]

*Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma'ad Fi Hadyi Khairil 'Ibad menyelit mafhum hadis di atas dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing.