aliff goat

aliff goat
Susu Kambing Formulasi Makanan Sunnah

Alahan Protien susu Lembu

CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.

CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun "lactose intolerance". Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.
Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :
  • Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
  • Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).
Gejala-gejala :
  1. Kulit. Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut. Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.


  1. Paru-paru
    • Sesak nafas, berdehit.
    • Usus
    • Cirit-birit.
    • Muntah.
    • Najis berdarah.
  2. Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA
    Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami "anaphylaxis shock". Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.
    Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.
    Rawatan
    Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.
    Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.
    Pilihan yang ada : Pilihan susu pengganti seperti susu kambing atau susu soya.


1 comment: